Tahanan warga Myanmar di Kelantan mati akibat jangkitan Covid-19

Tahanan warga Myanmar di Kelantan mati akibat jangkitan Covid-19

Lelaki berkenaan yang ditahan di Balai Polis Jeram Perdah Pasir Mas dihantar ke Hospital Tanah Merah sebaik sahaja didapati positif Covid-19 sebelum disahkan meninggal dunia hari ini.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Azri Ahmad berkata, ujian awal mendapati OKT berkenaan positif Covid-19 dan dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk rawatan lanjut. (Gambar fail)
PETALING JAYA:
Lelaki warga Myanmar yang ditahan polis di Pasir Mas, Kelantan semalam meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 hari ini.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Azri Ahmad berkata, lelaki berkenaan ditahan atas kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 oleh anggota balai polis Jeram Perdah, Pasir Mas

“Ujian awal mendapati Orang Kena Tahan (OKT) positif Covid-19 dan dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk rawatan lanjut.

“OKT dimasukkan ke wad Covid-19 pada 25 Feb 2022 lebih kurang 4 petang dan pada 26 Februari OKT telah disahkan meninggal dunia.

“Punca kematian adalah disebabkan OKT positif Covid-19,” katanya dalam kenyataan.

Azri berkata, Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) JIPS Bukit Aman akan menjalankan siasatan berkaitan kematian berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.