Marina berdepan pertembungan 3 penjuru

Marina berdepan pertembungan 3 penjuru

Calon Pakatan Harapan, Marina Ibrahim berdepan pencabarnya, calon Perikatan Nasional, Khoo Kong Ek dan Barisan Nasional, Lim Soon Hai di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Skudai.

Calon Pakatan Harapan Marina Ibrahim tiba di pusat penamaan calon pagi tadi di Dewan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.
SKUDAI:
Muka baharu dari Pakatan Harapan (PH), Marina Ibrahim akan berdepan dengan pertembungan tiga penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Skudai.

Kerusi itu turut ditandingi calon Perikatan Nasional (PN), Khoo Kong Ek dan Barisan Nasional, Lim Soon Hai.

Lim adalah calon yang pertama tiba di pusat penamaan calon di Dewan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri iaitu pada 8.45 pagi dengan diiringi pencadang dan penyokongnya.

Khoo tiba lima minit kemudian dan Marina yang terakhir tiba pada 9.15 pagi.

Proses penamaan calon menyaksikan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mengekang penularan Covid-19.

Tiada perarakan oleh penyokong ketika proses penamaan calon dilakukan dan hanya calon, pencadang dan penyokong saja dibenarkan masuk ke pusat penamaan untuk menyerahkan borang pencalonan.

Pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), Skudai mempunyai seramai 70,928 pengundi yang layak, terdiri daripada 64% Cina, 23% Melayu, 12% India dan 1% lain-lain.

Sebelum ini, bekas Exco Johor, Tan Hong Pin dari DAP, dijangka bertanding sebagai calon Bebas.

Pagi tadi, Tan yang juga penyandang kerusi itu, hadir di pusat penamaan sebagai tanda sokongan kepada Marina.

Dalam catatan di Facebook, Marina mengucapkan terima kasih kepada Tan atas sokongannya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.