
Beliau berkata, perbincangan akan disertai pakar undang-undang, pensyarah dan beberapa mufti pada Rabu depan.
“Saya akan memanggil pakar undang-undang, pensyarah dan mufti bagi mencari penyelesaian kes seumpama ini melalui perbincangan itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2021, hari ini.
Isnin lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan tiga adik-beradik itu yang kini dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat diserahkan dengan segera kepada Loh selepas membenarkan permohonan habeas corpus difailkan yang ibu tunggal itu.
Sementara itu, Idris berkata, pihaknya sedang merancang untuk menyediakan perkhidmatan internet secara percuma di sekitar kawasan Bukit Gantang termasuk surau dan Program Perumahan Rakyat (PPR) untuk kegunaan pelajar daripada keluarga B40.