
Kebakaran dipercayai apabila dua tangki simen meletup dan menyebabkan kerosakan pada jam 5.16 petang.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Mohd Sohaimi Ishak, berkata walau bagaimanapun, tiada mangsa terkorban dalam kebakaran itu.
“Dua pekerja terbabit melecur di tangan dan seorang lagi patah kaki kiri ketika terjun dari bangunan untuk menyelamatkan diri selepas terdengar bunyi letupan.
“Semua mangsa dihantar ke Hospital Penawar Pasir Gudang untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan lapor Bernama.
Pada masa sama, beliau menzahirkan jutaan terima kasih kepada orang ramai kerana membantu menyalurkan maklumat kepada polis.
Terdahulu, gambar dan video kebakaran kilang tersebut tular laman sosial. Bomba bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 5.16 petang.
Seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang menjalankan operasi pemadaman kebakaran.