
Presiden Pejuang, Mukhriz Mahathir ketika mengumumkan kesemua 42 calon parti itu berkata, empat daripada calon tersebut adalah wanita berusia 50 tahun ke bawah.
“Mereka datang daripada pelbagai latar belakang politik dan kebanyakannya pertama kali menyertai politik.
“Ramai datang daripada sektor swasta, NGO dan sektor akademik,” katanya selepas acara pengumuman calon di Facebook Pejuang.
Mukhriz berkata, semua calon Pejuang adalah muka baharu, kecuali Shahruddin, yang juga bekas Timbalan Menteri Kerja Raya, merupakan Ahli Parlimen Sri Gading serta Zaini Abu Bakar, iaitu bekas ADUN Nusajaya di Johor.
Berikut adalah senarai 42 calon Pejuang yang akan bertanding dalam PRN Johor:
1. DUN Buloh Kasap: Mohd Hanafi Ahmad
2. DUN Pemanis: Azita Amrin
3. DUN Kemelah: Norizan Sahardin
4. DUN Tenang: Mohd Fauzi Bachok
5. DUN Bukit Kepong: Md Taib Md Suhut
6. DUN Bukit Pasir: Mohd Akhiri Mahmood
7. DUN Gambir: Suraya Sulaiman
8. DUN Tangkak: Muhammad Airel Zabridin
9. DUN Serom: Abdul Azim Abdul Malek
10. DUN Simpang Jeram: Mahaizal Mahmor
11. DUN Bukit Naning: Ibrahim Shafee
12. DUN Maharani: Riad Ahmad
13. DUN Sungai Balang: Intan Nadira Shafika Mustafa Kamal
14. DUN Semerah: Mahdzir Ibrahim
15. DUN Sri Medan: Mohd Firdaus Abdul Malek
16. DUN Semarang: Adzlan Raju
17. DUN Parit Yaani: Mohd Ridhauddin Mohd Tahir
18. DUN Parit Raja: Abdul Lateef Mahrani
19. DUN Senggarang: Zalihah Jaffar
20. DUN Rengit: Nizam Bashir Abdul Kariem
21. DUN Machap: Shahruddin Md Salleh
22. DUN Layang-layang: Ahmad Shafiq Othaman
23. DUN Paloh: Aminuddin Johari
24. DUN Kahang: Rosdi Amir
25. DUN Endau: Zaini Tahar
26. DUN Tenggaroh: Mohd Firdaus Abd Rahman
27. DUN Panti: Ahmade Mohd Din
28. DUN Pasir Raja: Mohd Yusri Yusof
29. DUN Sedili: Tariq Ismail Mustafa
30. DUN Johor Lama: Mohd Shukor Ahmad
31. DUN Penawar: Rahmattullah Kamilin
32. DUN Tanjung Surat: Samat Atan
33. DUN Tiram: Abdul Aziz Harun
34. DUN Puteri Wangsa: Khairil Anwar Razali
35. DUN Permas: Mahaya Ahad
36. DUN Larkin: Mohamad Riadz Mohamad Hashim
37. DUN Kempas: Nornekman Osman
38. DUN Kota Iskandar: Zaini Abu Bakar
39. DUN Bukit Permai: Mokhtar Abdul Wahab
40. DUN Benut: Iskandar Noor Ibrahim
41. DUN Pulai Sebatang: Abd Rashid Abd Hadi
42. DUN Kukup: Zamzam Hashim
PRN Johor akan diadakan 12 Mac ini, dengan penamaan calon pada Sabtu ini dan pengundian awal pada 8 Mac.