
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu itu, 194 atau 0.62% pesakit termasuk dalam Kategori 3 hingga 5.
Manakala 31,005 kes (99.38%) dalam Kategori 1 dan 2, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan meningkat kepada 3,305,157.
Menerusi kenyataan Hisham berkata, terdapat 1,804 pesakit baharu dimasukkan ke hospital.
Katanya, 20,399 pesakit telah sembuh menjadikan jumlah keseluruhannya 2,994,840.
Sebanyak sembilan kluster baharu dilaporkan semalam, menjadikan keseluruhan 6,746 kluster dikesan sehingga kini dengan 506 daripadanya aktif.
Hisham berkata, terdapat 119 kes import dan baki 31,080 kes jangkitan tempatan membabitkan 29,991 warganegara serta 1,089 warga asing.
“Seramai 305 pesakit masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 118 daripadanya disahkan positif Covid-19 dan 187 lagi disyaki dijangkiti virus itu.
“Mereka termasuklah 191 pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan, dengan 72 orang daripadanya positif Covid-19 dan selebihnya 119 kes masih dalam siasatan,” katanya.
Setakat semalam sebanyak, 7,723 katil Covid-19 tidak kritikal di hospital digunakan oleh pesakit Covid-19 atau 64% daripada jumlah kapasiti, sementara penggunaan katil ICU ialah 305 atau 36% daripada kapasiti katil.
Daripada 1,804 pesakit yang dimasukkan ke hospital semalam, 1,183 berada dalam Kategori 1 dan 2 manakala 621 berada dalam Kategori 3, 4 dan 5.
Kadar kebolehjangkitan (R-naught atau R0) Covid-19 negara pula direkodkan pada 1.13.