Sumbangan peralatan sekolah ceriakan murid kurang bernasib baik

Sumbangan peralatan sekolah ceriakan murid kurang bernasib baik

Inisiatif kelab 'Pelajar Asia untuk pelajar' dari University of Alberta itu turut mendapat sokongan FMT dan Pasar Raya Besar Mydin.

(Dari kiri) Esther Van Nes, Jasbant Singh dan Azman Mashuri bersama beberapa murid Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK).
PETALING JAYA:
Kelab “Pelajar Asia untuk pelajar” dari University of Alberta mengambil inisiatif membeli 150 set peralatan persekolahan untuk disumbangkan kepada Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK), yang menempatkan kanak-kanak kurang bernasib baik.

Inisiatif itu mendapat sokongan FMT dan Pasar Raya Besar Mydin

Kelab itu yang menjadi penghubung bagi pelajar berlatar belakang Asia dari University of Alberta (UoA), mewujudkan dana menyokong komuniti yang memerlukan, terutama membabitkan pelajar di Kanada dan juga luar negara.

Pengasas bersama kelab itu, Ariane Perreault, berkata kerjasama ini memberi impak bermakna kepada kehidupan murid SBJK, sambil menambah akan terus bekerjasama dengan FMT, pada masa depan.

Ariane Perreault.

“Kami kagum dengan sumbangan berterusan yang kami terima di UoA bagi membantu murid yang datang daripada kumpulan berpendapatan rendah. Semua ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa sokongan dan tunjuk ajar yang kami terima daripada FMT,” kata Perreault, yang mempunyai susur galur dari negara ini.

Majlis itu berlangsung di pejabat FMT hari ini, yang turut dihadiri murid SBJK, pengetuanya, Azman Mashuri, penolong pengetua Abang Abdillah Abang Johny dan Kaunselor Politik Pesuruhjaya Tinggi Kanada Esther Van Nes.

Van Nes yang juga alumni UoA, berkata beliau gembira melihat pelajar dari institusi pengajian dihadirinya mengambil inisiatif memberi bantuan kepada negara lain kerana mahu melakukan sesuatu yang positif.

Katanya, ketika menuntut di UoA, institusi berkenaan mengajarnya melihat di luar jangkauan sempadan, selain terbabit dalam komuniti global yang lebih besar.

“Kami mempunyai banyak kerjasama kerajaan antara kerajaan, rakyat antara rakyat, pelajar antara pelajar. Dari pelajar Asia yang bekerja atau belajar di Kanada antara pelajar Kanada, bersama-sama untuk membantu, saya betul-betul berpandangan ini menjadi satu keistimewaan,” katanya.

Dengan kalendar akademik tahunan bermula penghujung Mac, Azman berkata, beliau bersyukur dengan inisiatif menggalakkan dilaksanakan FMT dan pelajar UoA.

“Kami berharap peralatan persekolahan diberikan oleh pelajar UoA bersama-sama dengan sokongan FMT akan membantu murid di SBJK,” katanya.

Dalam majlis itu, murid SBJK menerima beg cenderahati mengandungi peralatan persekolahan, seperti bekas pensil dan peralatan lain, daripada Pengarang Urusan FMT Jasbant Singh.

“Saya ingin menyatakan betapa bangganya kami bekerjasama dengan pelajar muda daripada kelab ‘Pelajar Asia untuk pelajar’. Saya berpandangan mereka melakukan tugas cemerlang meraih dana bagi pembelian 150 set peralatan persekolahan demi manfaat ‘junior’ mereka di Malaysia,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.