
Ketua Polis Daerah Raub Kama Azural Mohamed berkata, kejadian itu mengakibatkan pemandu lori Chia Kein Bong, 30, mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital Bentong untuk rawatan.
Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku berikutan hujan lebat di kawasan berkenaan sekitar 11.30 malam kelmarin sehingga awal pagi.
“Susulan insiden berkenaan, laluan di kedua-dua arah telah ditutup dan tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan,” katanya menerusi kenyataan, semalam.
Sementara itu, Jabatan Kerja Raya Raub dalam catatan di Facebook memaklumkan bahawa laluan berkenaan ditutup sehingga diberitahu kelak.
Pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi papan tanda arahan disediakan dan jalan alternatif yang boleh digunakan adalah laluan utama Persekutuan FT008, Bentong-Raub dan FT34, Central Spine Road.