
Premesh telah berkhidmat dengan portal berita dalam talian itu selama lebih 22 tahun.
“Kita mempunyai pasukan yang sangat berpengalaman dan berkebolehan. Saya yakin mereka akan membawa Malaysiakini ke peringkat seterusnya,” katanya dalam laporan portal itu hari ini.
Kekosongan jawatan itu akan menyaksikan perubahan dalam lembaga pengarah Malaysiakini dan anak syarikatnya.
Ketua Pengarang Steven Gan dijangka akan mengambil alih jawatan sebagai Pengarah Urusan Mkini Group Sdn Bhd, manakala Pengurus Besar K Manohar menggantikan Premesh di peringkat lembaga pengarah untuk syarikat penerbitan Malaysiakini.
Premesh merakamkan penghargaan kepada pasukannya atas sumbangan dan pengorbanan mereka.
“Semua orang telah berkorban dan memberikan yang terbaik untuk membina sesuatu yang hebat bersama-sama. Saya mengucapkan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada anda semua,” katanya.