25,099 kes Covid-19, 43 kematian

25,099 kes Covid-19, 43 kematian

Daripada jumlah kes baharu itu, 100 atau 0.4% pesakit termasuk dalam Kategori 3 hingga 5.

43 kematian baharu akibat Covid-19 direkodkan semalam termasuk 13 daripadanya diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 25,099 kes Covid-19 dan 43 kematian baharu, termasuk 13 daripadanya diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu itu, 100 atau 0.4% pesakit termasuk dalam Kategori 3 hingga 5 manakala 24,999 kes (99.6%) dalam Kategori 1 dan 2, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan meningkat kepada 3,246,779.

Menerusi kenyataan, Noor Hisham berkata terdapat 1,510 pesakit baharu dimasukkan ke hospital.

Katanya, 17,749 pesakit sembuh menjadikan keseluruhan mereka yang sembuh berjumlah 2,955,404.

Katanya, 4 kluster baharu dilaporkan semalam, menjadikan keseluruhan 6,723 kluster dikesan sehingga kini, dengan 500 daripadanya adalah kluster aktif.

Hisham berkata, terdapat 85 kes import dan baki 25,014 kes jangkitan tempatan yang membabitkan 24,387 warganegara serta 627 warga asing.

272 pesakit masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan 104 daripadanya disahkan positif Covid-19 dan168 lagi disyaki dijangkiti virus itu. Mereka termasuklah 164 pesakit memerlukan bantuan pernafasan, dengan 60 orang daripadanya positif Covid-19 dan selebihnya 104 kes masih dalam siasatan.

Setakat semalam sebanyak 7,747 katil Covid-19 tidak kritikal di hospital digunakan oleh pesakit Covid-19 atau 66% daripada jumlah kapasiti. Sementara penggunaan katil ICU 272 atau 33% daripada kapasiti katil.

Daripada 1,510 pesakit yang dimasukkan ke hospital semalam, 932 berada dalam Kategori 1 dan 2 manakala 578 berada dalam Kategori 3, 4 dan 5.

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 negara pula direkodkan pada kadar 1.19.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.