Semua 11 daerah di Kedah kini zon merah

Semua 11 daerah di Kedah kini zon merah

Exco Kedah, Dr Hayati Othman berkata penularan kes ketika ini bersifat sporadik dan tidak lagi bergantung kepada kluster.

Exco Kedah, Dr Hayati Othman berkata kebanyakan kes dikesan melalui saringan kendiri dilakukan individu bergejala serta kontak rapat.
PETALING JAYA:
Semua 11 daerah di Kedah kini diklasifikasikan zon merah Covid-19 selepas merekodkan 29,372 kes aktif sehingga semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Dr Hayati Othman berkata penularan kes ketika ini bersifat sporadik dan tidak lagi bergantung kepada kluster.

Setakat ini, katanya, hanya beberapa mukim dalam zon jingga dan kuning, dengan kebanyakan kawasan kini diklasifikasikan sebagai zon merah.

“Kebanyakan kes dikesan melalui saringan kendiri dilakukan mereka yang bergejala serta kontak rapat.

“Dulu kita ada kluster pendidikan, umrah, kilang dan sebagainya, tetapi kini kebanyakan kes tersebar secara sporadik,” katanya menurut laporan Kosmo.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.