
Penting bagi Malaysia untuk menjalani peralihan daripada masyarakat berasaskan kaum kepada berasaskan merit supaya semua dapat bersaing dalam pasaran global, katanya dalam ucaptama penutup pada forum mengenai “Projek Amanat Negara XIX – Perpaduan: Our Country’s Contradiction”.
Memetik sejarah Malaysia, Bose berkata, pemimpin terdahulu bekerjasama antara satu sama lain untuk membina negara.
“Adakah Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock and Tun VT Sambanthan satu ketika dahulu bercakap mengenai menjadi sebahagian daripada satu keluarga atau menjadi satu bangsa?

“Saya rasa anda akan dapat lihat pemimpin dari zaman Merdeka mempunyai pendekatan yang lebih pragmatik.
“Matlamatnya adalah untuk menyingkirkan British dan semua orang bekerjasama untuk mencapainya. Isu perpaduan ditangani kemudian,” katanya.
Bose berkata, pelbagai usaha Malaysia sebelum ini adalah bagi mencapai perpaduan sejak Merdeka, “tidak kira dipanggil Bangsa Malaysia, Malaysian Malaysia, 1Malaysia atau Keluarga Malaysia”, gagal.
“Jadi hujah saya adalah jika kita mahu mewujudkan perpaduan dan sudah tentu kestabilan dan kemakmuran ekonomi. Ia bukan sekadar isu mengeluarkan slogan tentang apa yang kita kongsi bersama atau tidak.
“Ia lebih kepada pengaturan perkongsian kuasa baharu dalam kalangan pelbagai kaum,” katanya.
Terdahulu, seorang Ahli Parlimen menyuarakan kebimbangan mengenai hubungan antara kaum yang semakin buruk walaupun Putrajaya membelanjakan berbilion-bilion ringgit untuk program perpaduan.
Wilfred Madius Tangau (PH-Tuaran) berkata, sebuah jabatan perpaduan telah ditubuhkan pada 1969 dan dua tahun kemudian, jabatan itu dijadikan kementerian, “tetapi perpaduan di negara ini semakin buruk”.
Berbilion-bilion ringgit yang dibelanjakan untuk mengurus kementerian itu boleh disalurkan ke Sabah untuk menyelesaikan masalah infrastrukturnya, katanya, “memandangkan dasar kerajaan tidak selaras dengan perpaduan dan tidak menggalakkan integrasi”.