39 kematian baharu Covid-19

39 kematian baharu Covid-19

Sebanyak 17 kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID) semalam.

Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu 16 kes.
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 39 kes kematian Covid-19 semalam, menurut perincian dikeluarkan GitHub.

Daripada jumlah itu, 17 korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 32,239.

Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu 16 kes, diikuti Sabah (14), Kelantan, Pahang dan Perak (masing-masing dua) serta Kedah, Melaka dan Kuala Lumpur (masing-masing satu).

Tiada kes kematian dilaporkan di Johor, Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Terengganu, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 217,782 kes aktif Covid-19 dilaporkan, termasuk 216 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 141 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 11,744 kes sembuh turut dilaporkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.