21 kematian baharu Covid-19

21 kematian baharu Covid-19

Sebanyak 9 kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID) semalam.

Jumlah kumulatif kematian Covid-19 kini mencecah angka 32,180. (Gambar AP)
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 21 kes kematian Covid-19 semalam, menurut perincian dikeluarkan GitHub.

Daripada jumlah itu, sembilan korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 32,180.

Sabah mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu sembilan kes, diikuti Johor dan Perak (masing-masing empat), Kedah (dua) serta Kelantan dan Negeri Sembilan (masing-masing satu).

Tiada kes kematian dilaporkan di Melaka, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Selangor, Terengganu, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 202,884 kes aktif Covid-19 dilaporkan, termasuk 204 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 116 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 7,912 kes sembuh turut dilaporkan.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini ialah 3,111,514.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.