Benam juara dunia, Zii Jia kekal reputasi cemerlang

Benam juara dunia, Zii Jia kekal reputasi cemerlang

Lee Zii Jia berjaya mengekalkan reputasi cemerlang selepas dengan mudah menumpaskan juara dunia, Loh Kean Yew dari Singapura.

Lee Zii Jia mengekal reputasi cemerlang selepas dengan mudah menumpaskan juara dunia, Loh Kean Yew dari Singapura pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berjaya mengekalkan reputasi cemerlang selepas dengan mudah menumpaskan juara dunia, Loh Kean Yew dari Singapura, sebentar tadi.

Dalam ciapan di Twitter Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Zii Jia menewaskan Kean Yew 21-6, 21-14 dalam aksi pertama membabitkan Malaysia yang bertemu Singapura dalam aksi Kumpulan B Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2020.

Prestasi cemerlang ditonjolkan Zii Jia itu membolehkan skuad negara mendahului 1-0.

Mula bergerak secara profesional selepas meninggalkan BAM, kemenangan hari ini membuatkan Zii Jia berada di kedudukan ranking nombor tujuh dunia menyamakan kedudukan rekod pertemuan 2-2 dengan Kean Yew.

Selain Zii Jia, cabaran perseorangan negara turut digalas Tze Yong, Aidil Sholeh Ali Sadikin, Leong Hao, Lim Chong King dan Kok Jing Hong.

Dalam acara beregu pula, Malaysia diperkuatkan oleh pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020, Aaron Cheah-Soh Wooi Yik, selain Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.