
Daripada jumlah itu, 10 korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).
Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 32,180.
Sabah mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu lapan kes, diikuti Selangor (tujuh), Johor (enam), Pulau Pinang (lima), Kedah (dua) dan Negeri Sembilan, Perak serta Terengganu masing-masing satu kes.
Tiada kes kematian dilaporkan di Kelantan, Melaka, Pahang, Perlis, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 182,965 kes aktif Covid-19 dilaporkan, termasuk 194 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 120 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 7,584 kes sembuh turut dilaporkan.
Jumlah kumulatif kes Covid-19 yang direkodkan di negara ini kini ialah 3,083,683.