
Daripada jumlah itu, 11 korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).
Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 32,149.
Johor dan Sabah masing-masing mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu lima kes, diikuti Selangor (empat), Kedah (tiga), Kelantan, Negeri Sembilan dan Terengganu (masing-masing dua) serta Perak (satu).
Tiada kes kematian dilaporkan di Melaka, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 168,447 kes aktif Covid-19 dilaporkan, termasuk 199 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 115 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 8,517 kes sembuh turut dilaporkan.
Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini ialah 3,061,550.