Sempadan Thai-Malaysia dijangka dibuka bulan depan

Sempadan Thai-Malaysia dijangka dibuka bulan depan

Ini membabitkan pos pemeriksaan sempadan di Songkhla, Yala, Narathiwat dan Satun, kata jurucakap kerajaan.

Pengembara dari Malaysia akan dibenarkan masuk ke Thailand tanpa memerlukan kuarantin, namun perlu menjalani dua ujian RT-PCR dengan keputusan negatif, menurut laporan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Kerajaan Thailand bercadang membuka semula sempadan Thai-Malaysia bulan depan bagi merangsang ekonomi dan sektor pelancongan.

Ini membabitkan pos pemeriksaan sempadan di Songkhla, Yala, Narathiwat dan Satun.

Menurut jurucakap kerajaan, Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-o-cha mengarahkan Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) dan pusat operasi kecemasan pelancongan dan sukan supaya menggariskan langkah-langkah mitigasi wabak bagi pembukaan pos-pos pemeriksaan terbabit.

Dengan keputusan tersebut, pengembara dari Malaysia akan dibenarkan masuk ke negara itu tanpa memerlukan kuarantin, namun perlu menjalani dua ujian RT-PCR dengan keputusan negatif susulan ketibaan.

“Perdana Menteri yakin Thailand akan kekal menjadi destinasi pelancongan terulung dunia walaupun dengan wabak,” kata jurucakap tersebut dipetik oleh The Bangkok Post.

Ketua Pengarah Zon Kesihatan Awam 12 Dr Suthep Phetmak berkata, sebelum sempadan dibuka, agensi kerajaan akan menyediakan proses imigresen, pengujian, hotel berstandard SHA+ dan perniagaan dengan persekitaran bebas Covid-19 seperti pengangkutan awam, tapak pelancongan, restoran dan pasar raya.

Kementerian Kesihatan Awam Thailand melaporkan semalam bahawa 15,882 jangkitan baharu dikesan dalam tempoh 24 jam dengan 200 daripadanya membabitkan pengembara dari luar negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.