
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, mereka ditahan selepas bot dinaiki terkandas dan berjaya dipintas oleh pihak berkuasa.
Komander PPM Wilayah Satu Pulau Pinang Shamsol Kassim, berkata operasi dijalankan hasil maklumat mengenai bot yang menjalankan aktiviti penyeludupan migran melalui jalan laut.
“Kami dapat memintas bot berkenaan di kedudukan 6.8 nautika daripada perairan Sungai Buloh,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, pemeriksaan mendapati semua PATI terbabit tidak mempunyai dokumen yang sah.
“Hasil maklumat awal, kesemua mereka dikenakan bayaran untuk masuk ke Malaysia dengan bayaran RM1,200 hingga RM1,500 yang dibayar kepada ejen di Indonesia.
“Tekong dan awak-awak serta migran diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor
“Kes disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan AntiPenyeludupan Migran 2007 dan Akta Imigresen 1959/63,” katanya.