
Dobby Chew dari Rangkaian Asia Anti Hukuman Mati, berkata kumpulan berkenaan menerima dokumen berhubung hukuman mati membabitkan Jefridin, hari ini. “Kami menerima persetujuan daripada keluarga Pausi untuk memaklumkan kepada umum semalam,” katanya kepada FMT.
Terdahulu, ahli rangkaian itu di Singapura, berkata hari ini, Roslan dan Jefridin akan menjalani hukuman mati susulan sabitan pada 2010, membabitkan dua pertuduhan berkaitan mengedar dadah.
Chew berkata, Jefridin disahkan mempunyai penguasaan IQ 67, namun hakim perbicaraan memutuskan mempunyai IQ rendah semata-mata bukan keterangan membuktikan minda yang tidak normal.
Kedua-dua keluarga mereka mengetahui mengenai jadual hukuman dilaksanakan pada 9 Feb, tujuh hari sebelum hukuman akan dilaksanakan.
Seorang lagi rakyat Malaysia berdepan hukuman mati di Singapura, Nagaenthran K Dharmalingam, 34, kini sedang menunggu keputusan rayuan.
Kes membabitkan Nagaenthran mendapat perhatian selepas peguamnya, mendakwa dia mempunyai masalah kecerdasan fikiran, dengan IQ 69.