
“Saya sedar ramai yang tidak bersetuju dengan tindakan ini. Saya turut menerima pelbagai kritikan dan serangan peribadi.
“Namun, saya terima semua ini dengan hati terbuka. Fokus uatama saya ketika ini ialah membantu jentera MUDA menghadapi PRN Johor,” katanya dalam Instagram.
Semalam, Presiden MUDA. Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan Nurainie antara Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusatnya.
Ini menyebabkan ramai mengkritik Nurainie sebagai “katak politik” di media sosial, susulan pelantikan itu.
Ada yang berkata, ahli MUDA hipokrit tanpa prinsip kerana parti itu sebelum ini mendakwa mereka menentang “katak politik”.
Dalam pada itu, Nurainie berkata, beliau akan terus membantu mereka yang menghadapi masalah kewarganegaraan serta memperjuangkan hak wanita, kanak-kanak dan migran.
“Ini adalah beberapa isu utama yang saya perjuangkan selama ini. Ini juga selaras prinsip dan ideologi MUDA dalam mempromosikan politik khidmat dan kebajikan.”
Peguam itu meninggalkan PKR pada Mei 2020 atas alasan beliau hilang keyakinan terhadap hala tuju dan kepimpinan parti itu.
Beliau kemudiannya menyertai Pemuda Negara sebagai Ketua Wanita. Ia adalah pertubuhan yang dilaporkan ditubuh bagi menyokong bekas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.