Jemaah Menteri putuskan MoU pembantu rumah perlu segera dimeterai, kata Saravanan

Jemaah Menteri putuskan MoU pembantu rumah perlu segera dimeterai, kata Saravanan

Menteri Sumber Manusia M Saravanan berkata MoU berkenaan akan dimeterai dengan rakan sejawatnya Menteri Ketenagakerjaan Indonesia Ida Fauziyah.

Menteri Sumber Manusia M Saravanan menasihati pekerja asing termasuk pembantu rumah kepentingan mempunyai dokumen perjalan dan permit kerja sah agar hak mereka sebagai pekerja terjamin.
PUTRAJAYA:
Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan supaya memorandum persefahaman (MoU) berhubung Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) perlu segera dimeterai, kata Menteri Sumber Manusia M Saravanan.
M Saravanan.

Beliau berkata, MoU PDI itu akan dimeterai beliau dan rakan sejawatnya Menteri Ketenagakerjaan Indonesia Ida Fauziyah.

Dalam satu kenyataan, hari ini, Saravanan berkata, perkara mengenai PDI telah dibincangkan dengan secara mendalam dalam beberapa siri mesyuarat Jemaah Menteri termasuklah pada 9 Feb lalu.

Katanya, beliau dan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin mempunyai matlamat sama iaitu melindungi serta menjaga kebajikan dan kesejahteraan pekerja warga Indonesia dalam negara, terutama membabitkan isu seperti gaji, cuti dan kebajikan pekerja.

“Saya juga ingin menasihati pekerja asing termasuk PDI, pentingnya untuk mempunyai dokumen perjalanan serta permit kerja yang sah agar hak-hak mereka sebagai pekerja adalah terjamin,” katanya.

Pada 24 Jan lalu Malaysia dan Indonesia dilaporkan bersetuju untuk melaksanakan projek rintis pengambilan 10,000 pekerja PDI dari negara jiran itu bermula bulan ini selepas MoU ditandatangani.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.