Sabah catat 3,333 kes baharu Covid-19

Sabah catat 3,333 kes baharu Covid-19

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun berkata, jumlah berkenaan meningkat 1,264 kes berbanding semalam.

Masidi Manjun mengingatkan penduduk Sabah supaya menjauhi kawasan sesak bagi mencegah penularan kes Covid-19.
KOTA KINABALU:
Sabah hari ini mencatatkan 3,333 kes baharu Covid-19, iaitu angka tertinggi sejak Ogos tahun lalu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun berkata, jumlah itu meningkat sebanyak 1,264 kes berbanding semalam.

“Sabah mencatat kes harian tertinggi sejak program vaksinasi dijalankan, iaitu sebanyak 3,333 kes dan hampir 52% adalah kes bergejala dan jangkitan sporadik.

“Jauhi kawasan yang sesak dengan orang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jumlah kes harian terbanyak yang pernah dicatatkan di Sabah ialah pada 26 Ogos tahun lalu, iaitu 2,487 kes

Sementara itu Masidi berkata, tiga lagi kluster membabitkan sekolah turut dicatatkan hari ini, iaitu kluster SMK Simpangan di Beluran, SMK Bukit Garam 1 di Kinabatangan dan Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) di Keningau.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.