
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Ghani Salleh dalam sidang media sebentar tadi turut mengumumkan hari penamaan calon ditetapkan pada 26 Feb.
Pada 22 Jan lalu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibubarkan selepas spekulasi dan gesaan daripada pemimpin Umno supaya pilihan raya negeri (PRN) diadakan.
Terdahulu pada 22 Jan, Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar menandatangani watikah pembubaran DUN selepas menerima menghadap Menteri Besar Hasni Mohammad.
Johor adalah negeri ketiga mengadakan PRN dalam tempoh beberapa bulan ini selepas Melaka dan Sarawak masing-masing mengundi pada Nov dan Dis tahun lepas.
Dalam pada itu Abdul Ghani berkata, seramai 2,597,742 orang pengundi berdaftar untuk PRN Johor.
Katanya, bagi menjalankan proses PRN, SPR telah melantik 56 pegawai pengurus pilihan raya dengan dibantu oleh 186 penolong pegawai pengurus.