PKPD di Taman Rimba, Pahang mulai hari ini hingga 20 Feb

PKPD di Taman Rimba, Pahang mulai hari ini hingga 20 Feb

Ia dibuat selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19.

Taman Rimba di Mentakab, Pahang dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan mulai hari ini hingga 20 Feb.
KUALA LUMPUR:
Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Taman Rimba, Mentakab di Temerloh, Pahang mulai hari ini hingga 20 Feb.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Rodzi Md Saad dalam kenyataan semalam memaklumkan bahawa pelaksanaan PKPD di lokaliti itu dibuat selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook, beliau turut memaklumkan PKPD di Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah di Rompin, Pahang akan ditamatkan hari ini seperti dijadualkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.