Perjelas kenapa beku akaun atau berdepan boikot, CIMB diberi amaran

Perjelas kenapa beku akaun atau berdepan boikot, CIMB diberi amaran

Dua NGO mahu bank selesaikan masalah yang memihak pemegang akaun kerana kesilapan pemprosesan adalah kesalahan bank.

Penyokong PPIM dan Agenda Reset Malaysia berkumpul bagi menyokong pemegang akaun CIMB yang terkesan di Chow Kit, Kuala Lumpur, hari ini.
KUALA LUMPUR:
Dua NGO membidas CIMB Bank Berhad (CIMB) kerana didakwa membekukan 11,000 akaun tanpa memaklumkan kepada pemegangnya, lebih-lebih lagi apabila masalah berkenaan berpunca daripada kesilapan pemprosesan bank itu sendiri.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Agenda Reset Malaysia (ARM) memberi amaran jika bank itu gagal menangani masalah yang memihak pemegang akaun, mereka akan melancarkan kempen meminta rakyat memboikot institusi kewangan berkenaan.

Masalah itu timbul selepas kesilapan CIMB menyebabkan akaun dibekukan dan pemegangnya berhutang kerana “jumlah berlebihan” yang dikreditkan oleh bank ke dalam akaun mereka.

Pada sidang media bersama, Ketua ARM Ramalan Yunus berkata CIMB tidak boleh terus membekukan akaun pelanggan mereka tanpa notis yang mencukupi.

Nadzim Johan (kiri) dan Ramalan Yunus pada sidang media.

Beliau berkata, jika CIMB tidak jujur kepada pelanggannya tentang apa sebenarnya berlaku, NGO itu akan meneruskan usaha untuk menyeru semua pelanggan mereka mengeluarkan wang daripada bank.

“Kita patut memboikot CIMB dan memindahkan semua wang kita kepada bank lain untuk memberi pengajaran,” katanya.

“Jika CIMB dan kerajaan membisu mengenai isu ini, kami akan menggerakkan gerakan ketidakpatuhan awam.”

Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan, berkata CIMB perlu bertanggungjawab di atas kesilapannya.

“Sama ada disebabkan kecuaian bank atau kegagalan sistem, CIMB perlu bertanggungjawab dan membetulkan kesilapannya,” katanya.

“Bank Negara juga perlu memberikan jawapan kerana ia adalah badan penyelia untuk semua bank,” katanya.

Pada Khamis, Bank Negara (BNM) memberitahu FMT bahawa CIMB kini cuba mendapatkan semula jumlah lebihan yang dikreditkan kepada pelanggan mereka.

BNM berkata, pihaknya telah meminta CIMB memastikan bahawa apa sahaja langkah “pemulihan” yang diambilnya tidak akan membebankan pelanggan, terutama mereka tidak menyedari lebihan wang telah dikreditkan ke dalam akaun mereka.

Ia juga berkata bahawa siasatan terhadap insiden ini sedang dijalankan dan ia akan mengambil tindakan penyeliaan dan penguatkuasaan yang sewajarnya (terhadap CIMB) jika perlu.

CIMB berkata, ia telah menemui “ralat pemprosesan”, yang menyebabkan sebilangan kecil pelanggan menerima kredit pendua dalam akaun mereka.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.