Bukit Aman siasat kematian mengejut OKT di hospital

Bukit Aman siasat kematian mengejut OKT di hospital

Seorang lelaki berusia 38 tahun meninggal dunia di hospital akibat tuberkulosis.

Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman berkata, OKT berumur 38 tahun itu dihantar ke hospital selepas mengadu sakit dada pada 28 Jan, dan telah menerima rawatan.
PETALING JAYA:
Bukit Aman sedang menyiasat laporan berhubung kematian mengejut seorang Orang Kena Tahan (OKT) akibat tuberkulosis di Hospital Kuantan, Pahang.

Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard berkata, OKT berumur 38 tahun itu dihantar ke hospital selepas mengadu sakit dada pada 28 Jan dan telah menerima rawatan.

“Semalam Hospital Kuantan memaklumkan OKT telah meninggal dunia dan sebab kematian adalah akibat tuberkulosis,” kata Pengarahnya Azri Ahmad, dalam kenyataan.

Siasatan kes kematian mengejut itu dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan.

OKT dari Penjana Penor, Kuantan itu dihantar ke Lokap Berpusat Indera Mahkota pada 25 Jan untuk menghadiri perbicaraan pada hari ini,bagi kes Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.