Batal permit institut memandu, sekadar pendapat KP JPJ, bukannya dasar kementerian, kata Wee

Batal permit institut memandu, sekadar pendapat KP JPJ, bukannya dasar kementerian, kata Wee

Cadangan untuk menukar atau memperkenalkan dasar baharu akan dikaji oleh kementerian dengan penglibatkan pihak berkaitan.

Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong berkata, kementerian dan agensi di bawah bidang kuasanya akan meneruskan program pendidikan dan penguatkuasaan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan keselamatan jalan raya. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Ugutan untuk menghukum atau membatalkan permit institut memandu bagi kesalahan lalu lintas yang dilakukan bekas pelajar mereka adalah sekadar pendapat Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kata Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong.

Wee berkata, kementerian tidak merancang untuk membatal atau menggantung permit institut memandu berkenaan.

“Kementerian Pengangkutan ingin menegaskan bahawa kenyataan itu hanyalah pendapat peribadi Ketua Pengarah JPJ, bukannya dasar kementerian sendiri,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, sebarang cadangan untuk menukar atau memperkenalkan dasar baharu akan dikaji oleh kementerian dengan penglibatkan pihak berkaitan.

Wee berkata, kementerian dan agensi di bawah bidang kuasanya akan meneruskan program pendidikan dan penguatkuasaan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan keselamatan jalan raya dan mematuhi peraturan jalan raya.

Ketua Pengarah JPJ, Zailani Hashim, baru-baru ini dipetik sebagai berkata bahawa jabatan itu berhasrat untuk menghukum atau membatalkan permit institut memandu jika ada bekas pelajarnya melakukan kesalahan atau menyebabkan kemalangan jalan raya.

Beliau dilaporkan berkata, lesen memandu akan dipadankan dengan kod untuk mengenal pasti sekolah memandu yang pernah dihadiri oleh pemegangnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.