
Mereka terdiri 37 pelajar antarabangsa dari pelbagai negara seperti Syria, Bangladesh, Pakistan, Nigeria dan Indonesia.
Pengarah Pusat Antarabangsa UniSZA, Anuar McAfee, berkata inisiatif julung kali diadakan bagi meningkatkan kesedaran terhadap alam sekitar.
Beliau berkata, program seperti ini mampu memupuk budaya mengekalkan kebersihan pantai dan kelestarian laut.
“Plastik yang tidak dibuang dengan betul akan menjejaskan kehidupan marin terutamanya penyu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Katanya, program dengan kolaborasi bersama Koperasi Homestay Teluk Ketapang itu juga berperanan dalam mewujudkan hubungan baik bersama komuniti dan memberi peluang kepada pelajar antarabangsa berkenalan dan mengenali masyarakat setempat.