Kipas pemanas punca kebakaran Kedutaan Malaysia di Seoul

Kipas pemanas punca kebakaran Kedutaan Malaysia di Seoul

Sebahagian daripada dinding bangunan terbakar, tetapi tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Kebakaran pada 9.38 pagi berpunca daripada kipas pemanas di tingkat dua kedutaan dan kira-kira 20 orang terpaksa mengosongkan bangunan.
SEOUL:
Kebakaran di Kedutaan Malaysia di Seoul pada Jumaat berjaya dipadamkan dalam tempoh 17 minit, lapor agensi berita Yonhap, memetik kenyataan pegawai tempatan.

Kebakaran pada 9.38 pagi itu berpunca daripada kipas pemanas di tingkat dua kedutaan dan kira-kira 20 orang terpaksa mengosongkan bangunan.

Sebahagian daripada dinding bangunan terbakar, tetapi tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan, kata pegawai.

Pihak berkuasa sedang menyiasat kejadian berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.