
Francis Harden Hollis, Menteri Muda Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, dituduh menyanggahi hak rakyat kerana berkata, “tidak masuk akal” untuk kerajaan membayar pemimpin masyarakat sebegitu.
Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii berkata, kenyataan itu adalah satu penghinaan terhadap tuai rumah yang mewakili kepentingan dan kebajikan masyarakat mereka.
Katanya, pemimpin masyarakat tidak seharusnya terikat dengan mana-mana kerajaan mahupun parti politik.
“Malangnya, budaya politik toksik dan menindas sebegitu melanda Sarawak selama ini dengan kerajaan negeri menggunakan kedudukannya untuk mencetuskan ketakutan dan mengawal rakyat, terutamanya di kawasan luar bandar walaupun mereka ketinggalan dari segi infrastruktur paling asas.
“Menyemak kerajaan adalah hak demokrasi rakyat, termasuk untuk tidak bersetuju dan tidak menyokong keputusan yang dibuat oleh kerajaan semasa, terutama apabila ia tidak baik atau bermanfaat kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan.
Pengerusi BERSIH Sarawak Ann Teo percaya Hollis memberi peringatan kepada pemimpin masyarakat setelah mereka dilantik.
Katanya, peringatan terbaru ini menunjukkan betapa tebalnya budaya atau pemikiran itu.
Yii turut mendesak peruntukan sama rata bagi wakil kedua-dua belah pihak dalam politik.
“Rakyat tidak sepatutnya dihukum kerana undi mereka. Budaya ‘dendam politik’ sebegini mesti diubah jika kita mahu negara membangun dan menjadi obor demokrasi yang sewajarnya,” katanya.
Beliau menggesa langkah ke arah pembaharuan diambil dan agar rakyat menolak politik lama dengan berkata, “apabila pemimpin masyarakat dilantik secara politik, ahli politik menganggap mereka memiliki (pemimpin masyarakat) dan ini mesti berubah”.