
Katanya, pengecualian bayaran yang bermula pada bulan ini hingga Mac depan itu membabitkan lebih 40,000 rumah.
“Dengan pengecualian ini, peruntukan yang diberikan oleh kerajaan negeri dianggarkan berjumlah RM1.5 juta.
“Diharapkan dengan pengecualian ini ia dapat membantu meringankan beban mangsa banjir terutama bagi membersihkan premis masing-masing yang terjejas akibat bencana alam itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Wan Rosdy berkata, pengecualian itu dibuat kerana kerajaan negeri memahami keadaan mangsa banjir terutama ketika berada dalam fasa pemulihan bencana itu.
Katanya, kerajaan negeri sebelum ini mengumumkan beberapa bantuan kepada mangsa banjir termasuk Bantuan Wang Ihsan (BWI) dan pengecualian bayaran sewa selama 3 bulan kepada penyewa Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) yang terjejas banjir.