Dr M makin pulih, pindah wad biasa IJN

Dr M makin pulih, pindah wad biasa IJN

Ahli Parlimen Langkawi itu kelihatan ceria dan bersemangat untuk kembali pulih sepenuhnya, menurut anaknya Marina.

Marina memaklumkan bapanya Dr Mahathir Mohamad kelihatan ceria dan bersemangat untuk kembali pulih sepenuhnya.
PETALING JAYA:
Selepas beberapa hari dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU) Institut Jantung Negara (IJN), Dr Mahathir Mohamad hari ini dipindahkan ke wad biasa.

Anak sulungnya, Marina Mahathir yang memaklumkan perkembangan itu memberitahu, bapanya kelihatan ceria dan bersemangat untuk kembali pulih sepenuhnya.

“Daripada penilaian pasukan doktor pakar yang merawat Dr Mahathir, beliau didapati semakin pulih.

“Hari ini Dr Mahathir dipindah keluar dari Unit Rawatan Koronari ke bilik wad biasa,” katanya dalam kenyataan.

Dalam perkembangan sama Marina berkata, bagi mengelak sebarang jangkitan, Mahathir dan Dr Siti Hasmah Mohd Ali tidak dibenarkan menerima pelawat di IJN buat masa ini.

Ahli Parlimen Langkawi itu sebelum ini dibenarkan keluar dari IJN pada 13 Jan selepas dimasukkan ke pusat perubatan itu pada 7 Jan dan menjalani prosedur perubatan elektif yang dikendalikan sepasukan doktor dari institut berkenaan dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 8 Jan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.