Lelaki simpan sisik tenggiling didenda RM28.2 juta

Lelaki simpan sisik tenggiling didenda RM28.2 juta

Tertuduh berusia 58 tahun didakwa memiliki 28,181 sisik tenggiling tanpa lesen di Kanowit, Sarawak.

Ribuan sisik tenggiling yang dirampas dan dijadikan bukti pendakwaan terhadap seorang lelaki. (Gambar Facebook Perbadanan Perhutanan Sarawak)
PETALING JAYA:
Mahkamah Sesyen Sibu menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM28.2 juta ke atas seorang lelaki selepas dia mengaku bersalah memiliki pelbagai jenis hidupan liar termasuk 28,181 sisik tenggiling, hari ini.

Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) berkata, hakim Marutin Pagan menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh yang berusia 58 tahun.

Katanya, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 29(2) Ordinan Perlindungan Hidupan Liar, 1998 kerana memiliki 22.14 kilogram sisik tenggiling di Kanowit, Sibu pada jam 10.30 pagi, 21 Jan 2022 tanpa sebarang lesen atau kebenaran sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baru-baru ini, media melaporkan seorang lelaki warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM50.85 juta kerana memiliki 5,058 sisik tenggiling.

SFC memaklumkan, hakim Mahkamah Sesyen Mohd Taufik Mohd @ Mohd Yusoff menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Agus Tallasi, 32, mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

“Dia didakwa mengikut seksyen sama kerana memiliki 4.95 kilogram sisik tenggiling di Niah, Miri pada jam 2.15 petang, 12 Jan lalu tanpa sebarang lesen atau kebenaran sah.

“Tertuduh akan dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk dihantar pulang selepas menjalani hukuman,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.