Lebih 46% populasi dewasa terima dos penggalak setakat semalam

Lebih 46% populasi dewasa terima dos penggalak setakat semalam

Sebanyak 22,917,313 individu atau 97.9% populasi dewasa telah melengkapkan dos vaksin Covid-19 mereka.

Jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 62,461,606 dos.
KUALA LUMPUR:
Seramai 10,906,259 individu atau 46.6% daripada populasi dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam tadi.

Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman CovidNow, 22,917,313 individu atau 97.9% populasi dewasa telah melengkapkan dos vaksin Covid-19 mereka, manakala 23,195,017 individu atau 99.1% daripada golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,782,131 individu atau 88.4% telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,864,738 individu atau 91% daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Statistik harian menunjukkan sebanyak 202,296 dos vaksin telah diberikan semalam melibatkan 1,820 dos pertama, 2,711 dos lengkap dan 197,765 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 62,461,606 dos.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.