Kongsi maklumat terperinci mengenai kluster sekolah, KKM diberitahu

Kongsi maklumat terperinci mengenai kluster sekolah, KKM diberitahu

Ahli Parlimen berkata, menjadikan data awam akan membantu orang ramai memahami bagaimana kluster berlaku dan langkah boleh diambil untuk mencegahnya.

Menurut seorang pakar virologi, maklumat terperinci mengenai kluster Covid-19 di sekolah akan menunjukkan sama ada terdapat kes teruk yang melibatkan pelajar.
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) digesa berkongsi maklumat terperinci mengenai kluster Covid-19 di sekolah bagi mencapai pelaksanaan langkah pencegahan yang lebih baik.
Dr Lee Boon Chye.

Bekas Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata, maklumat mengenai kluster akan membantu orang ramai memahami bagaimana virus itu merebak dalam komuniti.

“Kita perlu diberi maklumat mengenai kluster untuk lebih memahami bagaimana virus itu merebak daripada seorang kepada orang lain sehingga ia menjadi kluster. Maklumat ini akan membantu orang ramai memahami bagaimana kluster berlaku dan apakah langkah yang boleh diambil untuk mencegah jangkitan,” katanya.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, KKM mengesan 62 kluster baharu melibatkan institusi pendidikan minggu lepas, meningkat daripada 15 kluster yang dikesan minggu sebelumnya.

Dr Muhammad Amir Yunus.

Pakar virologi dari Universiti Sains Malaysia Dr Muhammad Amir Yunus berkata, data mengenai kluster mesti disediakan kepada semua untuk meneliti situasi sebenar (jangkitan).

“Menerusi data itu, kita boleh lihat jumlah jangkitan untuk menentukan sama ada terdapat kes teruk melibatkan pelajar sekolah atau tidak.

“Dengan pembukaan semula sekolah, penularan Covid-19 sudah dijangkakan. Tetapi dengan data itu, kita akan dapat lihat sama ada kluster sekolah melibatkan kes dalam Kategori 3, 4 atau 5, dan memutuskan sama ada SOP yang lebih ketat perlu dikuatkuasakan,” katanya.

Tambah Amir, program vaksinasi penting diteruskan dan semua individu yang layak perlu mendapatkan vaksin.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.