Timbalan Ketua Bahagian MIC Tapah maut kemalangan

Timbalan Ketua Bahagian MIC Tapah maut kemalangan

Menurut polis kemalangan berlaku kira-kira 12.45 tengah malam dan menyebabkan D Sivabalan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut polis, mangsa yang memandu kereta jenis Proton Iswara memasuki laluan bertentangan dan melanggar sebuah kereta jenis Proton Exora sebelum terbabas ke dalam parit. (Gambar PDRM)
IPOH:
Timbalan Ketua Bahagian MIC Tapah D Sivabalan maut selepas kereta dipandunya terbabas ke dalam parit di KM53 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Tapah, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tapah Wan Azharuddin Wan Ismail berkata kemalangan berlaku pada kira-kira 12.45 tengah malam dan menyebabkan Sivabalan, 50, meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa (Sivabalan) yang memandu kereta jenis Proton Iswara memasuki laluan bertentangan dan melanggar sebuah kereta jenis Proton Exora dipandu seorang lelaki berusia 21 tahun.

“Kereta mangsa kemudian terbabas ke dalam parit di sebelah kanan jalan menuju ke arah Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Azharuddin berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Tapah untuk bedah siasat manakala pemandu Proton Exora tidak mengalami kecederaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.