‘Din OK tak, tidak teragak-agak?’, Najib usik Timbalan Presiden Amanah selepas DUN Johor bubar

‘Din OK tak, tidak teragak-agak?’, Najib usik Timbalan Presiden Amanah selepas DUN Johor bubar

Ia susulan ugutan Salahuddin Ayub yang mahu menarik sokongan terhadap Perdana Menteri jika PRN diadakan.

Najib Razak Razak bertanya kepada Salahuddin Ayub adalah beliau tidak akan teragak-agak menarik sokongan kepada Perdana Menteri selepas DUN Johor dibubarkan.
PETALING JAYA:
Selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibubarkan hari ini, bekas Perdana Menteri Najib Razak “mengusik” Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub mengenai pilihan raya negeri (PRN).

Ini kerana Salahuddin dalam kenyataan baru-baru ini mengugut mahu menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob jika PRN Johor diadakan.

Najib menerusi Facebooknya menulis: “Din (Salahuddin) OK tak? PAN (Parti Amanah) ok? Tidak akan teragak-agak, ugut Din dengan megah minggu lepas”.

Hari ini DUN Johor secara rasmi dibubarkan dan usikan Najib itu seolah-olah menuntut Salahuddin menunaikan janji seperti dilaporkan minggu lalu.

Dalam laporan sebuah portal, Salahuddin berkata, beliau tidak akan teragak-agak menarik balik sokongan terhadap memorandum persefahaman (MoU) kerjasama dua parti antara Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan jika PRN diadakan.

Beliau yang dipetik sebagai berkata, situasi hari ini tidak sesuai untuk rakyat melalui PRN, lebih-lebih lagi isu banjir masih belum selesai dan penularan wabak Covid-19 yang berterusan.

“Mereka (kerajaan) perlu memikirkan rakyat secara serius.

“Jika mereka membubarkan DUN secara melulu, di Johor dan kemudian di Perak atau negeri lain, maka saya boleh menarik balik sokongan saya terhadap MoU yang kita berikan selama ini,” katanya.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai dan ADUN Simpang Jeram turut menegaskan, PH Johor menyokong kerajaan negeri walaupun berstatus majoriti satu kerusi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.