PKPD di Felda Kechau 6 dan 9, Lipis, Pahang mulai esok

PKPD di Felda Kechau 6 dan 9, Lipis, Pahang mulai esok

Keputusan itu dibuat setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan mengenai penilaian risiko dan trend jangkitan Covid-19 di dua lokaliti terbabit.

KUALA LUMPUR:
Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di Ladang Felda Kechau 6 dan Ladang Felda Kechau 9 di Mukim Kechau, Lipis, Pahang akan dilaksanakan mulai esok.

Ketua Pengarah Keselamatan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Rodzi Md Saad berkata, keputusan itu dibuat setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan mengenai penilaian risiko dan trend jangkitan Covid-19 di dua lokaliti terbabit.

Menurut kenyataan menerusi laman Facebook, beliau berkata, PKPD di lokaliti itu dijadualkan tamat pada 4 Feb.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.