Jualan tiket VTL Malaysia-Singapura dibuka semula hari ini

Jualan tiket VTL Malaysia-Singapura dibuka semula hari ini

Kuota tiket yang dijual bermula hari ini akan dikurangkan daripada kuota sedia ada iaitu pengurangan 50% daripada kapasiti bas dan penerbangan.

Khairy Jamaluddin berkata, garis masa berhubung peningkatan kuota jualan tiket akan bergantung kepada penilaian risiko yang akan dibuat berdasarkan situasi Covid-19 semasa di kedua-dua negara.
PETALING JAYA:
Jualan tiket bas dan penerbangan bagi Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara Malaysia dan Singapura dibuka semula berkuat kuasa hari ini, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Beliau bagaimanapun berkata, kuota tiket dijual bermula hari ini akan dikurangkan daripada kuota sedia ada, iaitu pengurangan 50% daripada kapasiti bas dan penerbangan.

“Penumpang yang telah membeli tiket bagi tarikh perjalanan selepas 20 Januari sebelum pengumuman penggantungan jualan tiket dibuat dibenarkan meneruskan perjalanan menggunakan inisiatif ini mengikut kuota ditetapkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, garis masa berhubung peningkatan kuota jualan tiket akan bergantung kepada penilaian risiko yang akan dibuat berdasarkan situasi Covid-19 semasa di kedua-dua negara.

Pada 22 Dis lalu, Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan jualan tiket VTL darat dan udara digantung sementara susulan pengesanan satu kluster Covid-19 di Singapura yang mencatatkan tiga kes penularan tempatan dengan kemungkinan dua daripadanya membabitkan varian Omicron.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.