
“Na’uzubillah, sepatutnya apa yang berlaku pada Disember, lebih 3,000 orang sepatutnya meninggal dunia, tapi Allah selamatkan bumi bertuah Malaysia ini, hanya 50 lebih orang saja yang meninggal,” katanya di Dewan Rakyat semasa membahaskan krisis banjir.
Ahli Parlimen Umno itu berkata, menjadi tanggungjawab Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Mustapa Mohamed mengambil alih tugas menangani banjir.
“Sebenarnya (ia) adalah di bawah tangan Jabatan Perdana Menteri, iaitu perancang ekonomi. Anda perlu rancang betul-betul, serahkan hal itu kepada MOF (Kementerian Kewangan) untuk belanjawan, MOF akan serahkan kepada KASA (Kementerian Alam Sekitar dan Air) untuk selesaikan isu banjir yang sekian lama, melebihi 30 tahun.
“Justeru, saya minta YB Jeli, anda Menteri Kanan, dan saya sangat menghormati anda. Jangan lagi kaji, kaji kaji. Kali ini anda mesti melakukannya. Jika tak boleh buat, minta orang lain buat.
“Apatah lagi di Kelantan, kamu dah jadi Menteri sudah 25 tahun, Menteri Kewangan, menteri itu, menteri ini, Kelantan punya masalah banjir sampai ini hari pun masih tak selesai lagi, apatah lagi negeri-negeri lain.”