
Bagaimanapun sesi majlis berterusan seperti rumah terbuka tidak dibenarkan.
Tahun lepas, majlis makan besar hanya dibenarkan untuk ahli keluarga yang tinggal dalam radius 10km, namun aktiviti ziarah dilarang.
Pada sidang media hari ini, Menteri Perpaduan Negara, Halimah Sadique berkata, perhimpunan mesti dihadkan kepada 50% daripada kapasiti tempat dan mematuhi penjarakan fizikal.
Upacara sembahyang di tokong, termasuk untuk Chap Goh Mei, dibenarkan mengikut SOP pembukaan rumah ibadat selain Islam dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara Fasa 4.
Persembahan seperti tarian singa dibenarkan, tetapi tertakluk kepada SOP Industri Kreatif; (Persembahan Langsung) Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong yang turut hadir pada sidang media itu, berkata SOP itu disahkan mesyuarat Menteri Kuartet Covid-19 dan Kementerian Kesihatan sebelum dibawa ke Kabinet hari ini.
“Saya rasa Halimah telah melakukan kerja yang baik,” kata Presiden MCA itu.
“Terdapat tiga pusingan perbincangan dengan ramai pihak berkepentingan (sebelum SOP dimuktamadkan).
“Kami faham dahulu kami terpaksa duduk di rumah, kami hanya boleh menyambut Tahun Baharu Cina di rumah. Tahun ini, kami boleh menyambut Tahun Baharu Cina, tetapi kami perlu mematuhi SOP.
“Kami di sini untuk memudahkan, bukan untuk menyekat orang.”