
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Dzulkhairi Mukhtar berkata, lelaki tempatan berusia 33 tahun itu ditahan di tempat kejadian selepas pihak polis menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian pada pukul 10 malam tadi.
“Hasil siasatan awal mendapati lelaki berkenaan yang tidak bersenjata membakar mercun di ruang tengah pasar raya, sebelum meluru masuk menuju pintu hadapan kedai ketika pintu ‘shutter’ premis berkenaan sedang ditutup separuh sebelum terus ke tempat peti besi di belakang premis,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dzulkhairi berkata, lelaki berkenaan turut menumbuk pengurus wanita kedai tersebut menyebabkan mangsa cedera di pipi kiri.
Polis turut merampas topeng muka, pemetik api, sepasang sarung tangan dan mercun.
Beliau berkata, setelah disiasat, lelaki berkenaan didapati mempunyai tujuh rekod lampau melibatkan enam kes jenayah samun dan satu kes curi kenderaan.
Kes disiasat bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan dan permohonan reman ke atas lelaki berkenaan akan dibuat hari ini.