
Ketua Penerangan Bersekutu S Gobi Krishnan, berkata pada masa sama, menunjukkan parti mewakili masyarakat India dalam kerajaan ketika ini, gagal membawa suara India Hindu kepada pihak pembuat dasar.
Beliau berkata, pihaknya menyedari SOP dirangka atas niat mengurangkan dan seterusnya mengekang penularan Covid-19, terutama varian Omicron.
“Maka libatkanlah parti-parti berbilang kaum lain seperti Parti Bersatu dalam membuat apa jua keputusan dasar yang menyentuh masyarakat India khasnya dan masyarakat bukan Bumiputera amnya.
“Sayap Bersekutu Parti Bersatu menyeru pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perpaduan Negara supaya mengambil kira pandangan dan input semua lapisan masyarakat dalam menggubal apa jua SOP supaya tidak dilihat jumud,” katanya dalam kenyataan.
Gobi juga mahu Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, supaya campur tangan dalam hal berkenaan kerana ianya jelas menunjukkan bahawa ada pihak pembuat dasar masih gagal menghayati semangat gagasan ‘Keluarga Malaysia’.
“Kami juga ingin memberi pandangan supaya Menteri atau Timbalan Menteri Perpaduan Negara haruslah dilantik dari kalangan bukan bumiputera. Ini supaya mereka benar-benar memahami sensitiviti kaum bukan bumiputera.