PKPD Kampung Batu Talam di Raub mulai esok

PKPD Kampung Batu Talam di Raub mulai esok

Keputusan itu dibuat setelah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan mengenai penilaian risiko dan trend jangkitan Covid-19 di lokaliti terbabit.

PKPD di Kampung Batu Talam, Mukim Batu Talam di Raub, Pahang dijadualkan tamat pada 1 Feb, menurut MKN. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di Kampung Batu Talam, Mukim Batu Talam di Raub, Pahang akan dilaksana mulai 19 Jan ini.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara Rodzi Md Saad berkata, keputusan itu dibuat setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan mengenai penilaian risiko dan trend jangkitan Covid-19 di lokaliti terbabit.

Menurut kenyataan menerusi laman Facebook beliau berkata, PKPD di lokaliti itu dijadualkan tamat pada 1 Feb.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.