Paru-paru berair punca tahanan mati di Balai Polis Pengkalan Chepa

Paru-paru berair punca tahanan mati di Balai Polis Pengkalan Chepa

Menurut polis, hasil bedah siasat ke atas lelaki berusia 37 tahun itu mendapati punca kematian adalah paru-paru berair.

Hasil bedah siasat mendapati tiada sebarang kecederaan atau elemen jenayah dan kematian tahanan diklasifikasikan sebagai mati mengejut, kata polis. (Gambar Freepik)
PETALING JAYA:
Polis mengklasifikasikan kematian seorang tahanan di Balai Polis Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan pada Ahad lalu sebagai mati mengejut susulan keputusan bedah siasat.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Azri Ahmad berkata, hasil bedah siasat ke atas lelaki berusia 37 tahun itu mendapati punca kematian adalah paru-paru berair.

“Hasil bedah siasat mendapati tiada sebarang kecederaan atau elemen jenayah. Kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan selain memaklumkan bahawa bedah siasat itu dijalankan di Hospital Raja Perempuan Zainab
2, semalam.

Katanya, siasatan dari pelbagai sudut akan dibuat sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan.

Semalam, satu lagi kematian dalam tahanan dilaporkan, kali ini di Kota Bharu, Kelantan, beberapa sehari selepas kejadian lelaki mati di lokap Taiping.

Azri berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 4.35 petang.

Lelaki terbabit ditahan berkait Akta Dadah Berbahaya 1952 dan direman selama empat hari bermula 16 hingga 19 Januari.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.