Mangsa banjir di Segamat kekal 37 orang

Mangsa banjir di Segamat kekal 37 orang

Hanya satu pusat pemindahan sementara masih dibuka iaitu Sekolah Agama Gemereh yang menempatkan mangsa banjir dari Kampung Kebangsaan Gemereh.

Hanya Sungai Bekok di Empangan Bekok, Batu Pahat mencatatkan aras waspada, iaitu 16.3 meter. (Gambar Bernama)
JOHOR BAHRU:
Mangsa banjir di Segamat kekal 37 orang daripada lapan keluarga setakat 8 pagi ini susulan masih ada kawasan yang belum surut.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R.Vidyananthan berkata, hanya satu pusat pemindahan sementara masih dibuka, iaitu Sekolah Agama Gemereh yang menempatkan mangsa banjir dari Kampung Kebangsaan Gemereh, di sini.

Setakat pagi ini, cuaca di Mersing dilaporkan mendung manakala sembilan daerah lain cerah.

Sementara itu hanya Sungai Bekok di Empangan Bekok, Batu Pahat mencatatkan aras waspada, iaitu 16.3 meter.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.