
Ketua Polis Selangor, Arjunaidi Mohamed, berkata, suspek juga melakukan perbuatan itu ketika bawah pengaruh dadah.
“Suspek ditahan reman tujuh hari bermula 16 hingga 22 Jan ini. Barang kes sudah dirampas dan punca kejadian adalah kerana suspek dipercayai dipengaruhi dadah.
“Kita percaya ketika kejadian itu, suspek hendak meminta duit daripada ibunya (untuk membeli dadah),” katanya menurut laporan Berita Harian.
Arjunaidi berkata, suspek juga mempunyai rekod lampau membabitkan kes bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Semalam, media melaporkan seorang wanita berusia 56 tahun maut dipercayai dipenggal oleh anaknya.
Suspek yang juga penganggur tinggal bersama ibu bapanya di rumah terbabit, manakala adik-beradik lain menyewa di kawasan berhampiran.