Lelaki meninggal dunia ketika daki bukit

Lelaki meninggal dunia ketika daki bukit

Difahamkan sebelum kejadian, mangsa Shang Yun Fui, 43, dikatakan mendaki bukit seorang diri.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di tempat kejadian. (Gambar Bomba)
TAWAU:
Seorang lelaki meninggal dunia ketika melakukan aktiviti mendaki bukit di Bukit Pancang, dekat sini, semalam.

Mangsa, Shang Yun Fui, 43, disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian.

Difahamkan sebelum kejadian, mangsa dikatakan mendaki bukit terbabit seorang diri.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada 2.50 petang.

“Pasukan bomba bersama pegawai perubatan KKM berjalan ke lokasi mangsa sejauh kira-kira tiga kilometer.

“Setibanya di lokasi didapati mangsa ditemui tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan KKM di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba mengambil masa kira-kira empat jam untuk membawa turun mayat mangsa berikutan keadaan laluan denai, licin dan sempit dengan menggunakan alat ‘stretcher’.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada 11 malam tadi,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.