Cubaan lompat dari Menara KL, bomba selamatkan lelaki tempatan

Cubaan lompat dari Menara KL, bomba selamatkan lelaki tempatan

Lelaki berusia 21 tahun berdiri di hujung bangunan Sky Deck, Menara Kuala Lumpur, berketinggian 300 meter.

Lelaki yang cuba untuk terjun dari Sky Deck Menara Kuala Lumpur berjaya ditangkap dari arah belakang dan diselamatkan, pada jam 6.38 petang tadi. (Gambar Bomba)
PETALING JAYA:
Seorang lelaki tempatan berjaya diselamatkan dipercayai cuba melompat pada ketinggian 300 meter, di bangunan Sky Deck, Menara Kuala Lumpur, hari ini.

Komander Operasi Bomba Kuala Lumpur Omar Che Ku, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian, kira-kira 5.11 petang tadi.

“Seramai 25 pegawai dan anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba Dan Penyelamat Hang Tuah dan Pudu dikerah ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, lelaki berusia 21 tahun tersebut telah berdiri di hujung bangunan Sky Deck, Menara Kuala Lumpur yang berketinggian 300 meter dipercayai cuba membunuh diri,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, mangsa bagaimanapun ditangkap dari arah belakang ketika sedang leka dan berjaya diselamatkan, kira-kira pukul pukul 6.38 petang.

“Mangsa telah dibawa ke tempat yang selamat sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.